Saturday, August 22, 2009

MACAM DARI AJARAN ISLAM
OIeh DR. ABDULLAH YASIN
ISLAM AGAMA SEMPURNA

AGAMA Islam sudah sempurna dan lengkap. Rasulullah s.a.w. tidak diwafatkan kecuali setelah agama Islam disampaikannya kepada umat dengan lengkap dan tuntas.

Allah berfirman di dalam al Quran: “Pada hari ini telah Kusempurnakan untuk kamu agamamu, dan telah Kucukupkan kepadamu ni’mat-Ku dan telah Kuredai Islam itu menjadi agama bagimu. ” – Surah aI-Maidah, ayat 3.

Sementara itu sabda Rasulullah s.a.w.: “Sesungguhnya siapa di antara kamu yang hidup nescaya dia akan melihat banyak perselisihan (yang akan terjadi). Oleh itu berpegang teguhlah kepada sunnahku dan sunnah khulafa-ur-rasyidin yang mendapat petunjuk, gigitlah dia (sunnah sunnah itu) dengan geraham. Hindarkanlah olehmu mengada-ngada akan perkara baru (dalam urusan agama), tiap-tiap perkara baru adalah bid’ah dan tiap-tiap bid’ah adalah sesat. “- Hadis sahih riwayat Abu Daud dan Tirmizi.

Berdasarkan ayat yang terakhir diturunkan dan wasiat Rasulullah s.a.w. menjelang wafatnya di atas dapatlah diambil beberapa kesimpulan, antaranya:

1. Agama Islam sudah lengkap. Ia tidak perlu ditambah-tambah lagi dengan perkara perkara baru.
2. Segala penambahan baru dalam urusan agama dinamakan bid’ah dan semua bid’ah adalah sesat.
3. Nabi s.a.w. telah membayangkan sejak 1500 tahun yang laIu bahawa kelak akan muncul banyak berbalahan dalam urusan agama.
4. Nabi s.a.w. juga telah memberi panduan bahawa cara yang paling selamat ialah berpegang teguh dengan sunnahnya dan sunnah khulafa-ur rasyidin.

No comments:

Post a Comment